Isnin, 29 Oktober 2012

DRAMA ADAM & HAWA


Assalamualaikum wbt....

Sekarang ni demam Adam & Hawa di Astro Mustika ....dan siarannya Isnin - Khamis...jam 10 malam. Aku ada novel yang kulit lama tu dan tak jemu membaca tulisan Aisya Sofea ni. Saja je nak mengulas di sini...bukan apa sebab suka dengan tulisan Aisya Sofea dan apabila diDramakan...ianya lebih menarik lagi walau diluar anganan aku semasa membaca novel. Adam Mukriz aku gambarkan muka ala-ala Mat Salleh la sikit...tapi nak buat cammana hanya Aroan Aziz yang nampak layak pun. Nadiya Nissa ...memang mantop lakonannya dalam drama ni. Walau aku rasa dia bukannlah yang terkenal tapi memang dia layak ....dan lakonannya memang aku tabik spring. Aku ni bukanlah peminat AA pun....tapi bila tengok Adam & Hawa ni...aku rasa suka dengan lakonannya yang bersahaja tu...dan NN juga sangat komited. Kawan aku sampai tak mahu tengok sebab dia cakap NN tak sesuai dengan AA. Mula -mula aku rasa cam tu....tapi bila tengok episod 1....terus rasa nak tengok lagi....tapi kat http://bit.ly/adamhawafull dalam fb Adam & Hawa je....sebab mahal nak langgan.  Ok stop di sini....sekarang nak ulas pasal Drama nya.

Kesimpulan yang aku dapat ialah ...jodoh kita telah ditentukan sejak azali dan telah termaktub di Loh Mahfudz. Seorang Muslim mesti percaya kepada HARI AKHIRAT dan QADO DAN QADARnya. Seorang suami hendaklah tidak cepat melatah. Adam Mukriz....sanggup berkorban masa untuk kejayaan isterinya....Hawa pula pandai menjaga maruah diri walau jauh di perantauan kerana membawa hati yang luka. 
Adam tak mudah ambil pusing apa yang Dee cakap kerana percaya akan isterinya....walau hatinya sedih sebab Hawa tak nak jumpa dan keluar dengan dia. Kuat iman Adam apabila tak lut langsung dengan godaan Dee yang seksi menggoda. 

Part di Mekah amat menyentuh hati ku...dan rasa nak pergi time tu jugak ke Mekah. Subhanallah....indahnya Baitullah....dan aku dapat lihat dan rasa...bila Adam dan Ain masuk ke sana tiada dialog antara mereka.....hanya Ain akan bercakap itu pun macam monolog sendiri je. Mereka juga tahu  itu kan tempat suci dan setiap doa pasti Allah makbul. Syabas....Global Station kerana bawa pelakon ke sana untuk Umrah...InsyaAllah andai hidayah sampai kepada pelakonnya maka mereka akan menjadi pelakon yang mukmin. Mana tahu kalau semua pelakon perempuan dah ramai berhijab...dan pelakon lelaki pula akan memilih watak yang tak bersentuhan....maka industri filem Malaysia akan meriah dengan Islamik Filem. Mudah-mudahan. Kat sana pun AA menjaga batasan auratnya dengan Mamanya....sentuhan yang berlapik sahaja. Moga penerbit buat filem untuk mencari redha Allah. 

Cerita ni juga dapat beri pengajaran pada Suami Isteri yang....AA sanggup berubah untuk menjadi lebih baik apabila berjumpa dengan perempuan....yang tak kontrol jelita, boleh pandang tapi tak boleh nak sentuh......inilah perempuan idaman para hero Malaya....bak kat Mama Adam....Ain Hawani belum terjejas lagi....

Ain Hawani...budak kampung yang berperinsip dan ingin mengubah hidup keluarga. Cuma apabila maruahnya diragut dan kemudian terpaksa bernikah dengan Adam yang playboy tu...buatkan dia benci yang amat pada Adam. Namun jauh disudut hati dia amat rindu pada Adam. Begitulh manusia....seandainya kita meyimpan dendam...ianya akan makan diri kita. Dendam itu amat berbahaya....mulut cakap dah maafkan...tapi hati tidak kerana masih ada sekelumit dendam di hati.

Memang bestla cerita ni....banyak pengajarannya...dan aku suka tulisan Aisya Sofea sebab tak stereo type. Ceritanya berbeza-beza......dan jalan cerita pun lebih kepada islamik. Alam rumahtangga....anak-anak....tulisannya mengenai sikap seorang isteri membuatkan aku banyak berubah kearah yag lebih baik. Bukan apa...aku kahwin pada usia 22 tahun...23 tahun dah ada anak seorang....ilmu rumahtangga mana belajar ...main kahwin je....dan bila banyak baca novel yang  boleh memberi menafaat macam ni....so ok la...moga Aisya Sofea dpat ganjaranny dari Allah s.w.t.

Aku tulis ni sesaja je.....teringin nak menulis tapi skill tak ada....banyak jugak cerita dalam anganan ku ni....tapi tak pandai macam mereka yang menjadi penulis tu.

Sampai sini dulu.....ada masa nanti tulus lgi. Baru lepas kukuskan kek coklat utuk birthday anak lelaki ku dan lepas ni nak tolong cik hubby buat e-perolehannya pulak. Dah mati katanya...

Thank you ALLAH for your blessing on me...

Tiada ulasan: